Kempen PRN 2026 tidak lagi dimenangi di pentas ceramah semata-mata, tetapi di skrin telefon pengundi. Anda fokus bersalaman dan menyantuni rakyat di lapangan, biar skuad taktikal Madaninomics uruskan "perang udara" anda di TikTok & Facebook.
Setiap hari yang berlalu tanpa jentera digital yang efisien adalah undi yang diserahkan kepada pihak lawan. Pilih pelan tempur anda sekarang.
Bahan kempen dah ada, tapi views 'sendu'? Kami letupkan video anda ke ribuan audiens sasaran.
Tiada idea nak cakap apa? Pasukan elit kami turun padang, bongkar wibawa anda & hasilkan video mahakarya.
Kawal 100% rantaian naratif digital. Jangan beri walau inci ruang pun untuk lawan bernafas.
Bila krisis melanda atau fitnah disebar, di mana pengundi nak cari kebenaran? Media sosial dikawal algoritma, tapi Web Rasmi adalah wilayah mutlak anda. Susun struktur manifesto dengan jelas agar jentera ada peluru yang betul untuk berhujah.
Pusat sehenti yang memaparkan rekod bersih, pencapaian, dan kelayakan anda tanpa gangguan iklan atau komen toksik pihak lawan.
Susun agenda dan janji pilihan raya secara berstruktur. Mudah dibaca, difahami dan dikongsi oleh jentera parti.
Integrasi borang bancian sentimen dan halakan aduan rakyat terus ke WhatsApp bilik gerakan anda.
| Usage rights repost di page calon | + RM2,000 |
| Boost berbayar (Ads tadbir urus) | Kos + 15% |
| Rapid response (Video kecemasan siap 4 jam) | RM1,500 / post |
| Sambungan kempen minggu tambahan | RM12,000 / mggu |
Bayaran penuh (100%) wajib dijelaskan terlebih dahulu sebelum kerja dimulakan. Slot eksklusif anda hanya dikunci selepas bayaran diterima sepenuhnya.
Dasar tegas kami: Tidak menerima dua calon dari kerusi/DUN/Parlimen yang sama dalam tempoh kempen.
Semua konten ditanda "Kerjasama" mengikut SOP platform. 1 pusingan semakan (approval) disertakan percuma. Semakan tambahan dicaj RM500/sesi.
Setiap saat anda bertangguh, lawan anda mungkin sedang menawan satu lagi blok undi. Hanya 10 slot zon tersedia. Tempah panggilan taklimat strategi sekarang dan kunci wilayah anda sebelum dirampas.